Selamat Datang Di Blog Eksperimen Di Dapur Haniela , Blog Masakan Resepi Harian Keluarga Kami Hasil Gabungan Serasi Ini, Kami Mengalukan-Alukan Sumbangan , Idea, Dan Komen Serta Tunjuk Ajar Dari Teman-Teman Semua,, Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Kami Dan Selamat Mencuba,

Resepi Masakan

Tuesday, March 5, 2013

KUIH CARA BERLAUK

KUIH CARA BERLAUK



Bahan-bahan untuk kuih cara
 90gm tepung gandum.
200 ml santan .
1 biji telur.
1/2 sudu teh garam.
sedikit pewarna kuning.

cara-caranya

Campurkan semua bahan dan ditapis.

Bahan-bahan untuk inti daging.

200 gm daging kisar.
4 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah utk hiasan atas kuih .
3 sudu rempah kari daging.
sedikit daun bawang
garam secukup rasa

cara-caranya

*Tumis semua bahan,masukkan daging kisar ,biarkan hingga daging masak dan kering.
*Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas sapu minyak dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan.
*letakkan *inti daging di atas adunan kuih cara tadi,taburkan daun bawang tadi.
*Tutup acuan dengan penutup periuk sekejap.

*Bila dah kekuningan angkat kuih dari acuan.
*Siap untuk dihidangkan
 


   ~Selamat Mencuba~
Comments
1 Comments

1 comment:

http://mitradecapri.blogspot.com/