Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan rakan,,
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di petang Rabu yang cerah ini.
Hari ini kami akan menghidangkan hidangan kudapan dari kekacang iaitu resepi asal dari teman facebook kami puan @linn Malek yang diberi nama Dal Goreng Rangup.
Sebenarnya dah lama teringin nak mencuba resepi kudapan ini,, cuma kadang masa seringkali tidak mengizinkan,,
maklumlah sebuk dengan aktiviti aktiviti persatuan.Tapi hari ni sebab dah teringin sangat nak makan, kami
terpaksalah juga masuk ke dapur untuk memenuhi keinginan tekak kami ni,, :)
Tanpa membuang masa,, JOM kita intai apa bahan bahan resepi yang diperlukan untuk petang ini,,
DAL GORENG RANGUP
500gm kacang dal - rendam 5 jam sehingga kembang
5 tangkai daun kari
8 biji cili kering - hiris/digunting serong
2 sudu kecil jintan manis-1 sudu besar ketumbar-(saya tambah)
4 ulas bawang putih-(saya tambah)
Secubit garam
Minyak untuk goreng
Add caption |
Cara caranya
*Setelah kacang dal tadi kembang,gaulkan dengan semua bahan-bahan td.
*Seperti jintan,ketumbar,bawang putih kisar dan garam
DAL GORENG RANGUP |
*Goreng dengan api sederhana, masukkan hirisan lada kering dan
daun kari.
*Goreng hingga kacang dal masak,tapi jangan digoreng terlalu lama kerana kacang dal akan menjadi terlalu keras.
*Angkat dan ditoskan dengan penapis.
SELAMAT MENIKMATI KUDAPAN BERSAMA KELUARGA