Selamat Datang Di Blog Eksperimen Di Dapur Haniela , Blog Masakan Resepi Harian Keluarga Kami Hasil Gabungan Serasi Ini, Kami Mengalukan-Alukan Sumbangan , Idea, Dan Komen Serta Tunjuk Ajar Dari Teman-Teman Semua,, Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Kami Dan Selamat Mencuba,

Resepi Masakan

Monday, February 18, 2013

Almond London

Almond London
Bahan-bahan

125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji telur
sedikit esen vanila
25 gm serbuk badam
25 gm cornflake (dihancur halus)
100 gm tepung jagung
125 gm tepung gandum
2 sudu tepung  beras
1 sudu serbuk penaik
300 gm badam (dibakar lebih kurang 10 minit)
500 gm coklat masak

Cara-cara

1)pukul mentega dan gula hingga kembang
2)masukkan telur bersama esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati
3)masukkan serbuk badam,cornflake,tepung gandum,tepung jagung,tepung beras,serbuk penaik dan gaulkan bersama adunan hingga menjadi doh
4)bentukkan doh menjadi bujur dan masukkan badam didalam nya
5)bakar pada suhu 180'c selama 20 minit
6)sejukkan dan celup biskut di dalam coklat yang telah dicairkan ,biarkan kering seketika
7)siap untuk dimakan

BOLEH DAPAT LEBIH KURANG 50 BIJI

**SELAMAT MENCUBA**
Comments
2 Comments

2 comments:

http://mitradecapri.blogspot.com/