Selamat Datang Di Blog Eksperimen Di Dapur Haniela , Blog Masakan Resepi Harian Keluarga Kami Hasil Gabungan Serasi Ini, Kami Mengalukan-Alukan Sumbangan , Idea, Dan Komen Serta Tunjuk Ajar Dari Teman-Teman Semua,, Terima Kasih Kerana Mengunjungi Blog Kami Dan Selamat Mencuba,

Resepi Masakan

Sunday, February 17, 2013

Mee Rebus

Mee Rebus

Bahan-bahan

5 kilo mee kuning
1 kilo taugeh
2 kilo tetel
5 kilo keledek

20 biji telur
25 biji limau kasturi
10 keping tauhu
1 botol toucho

15 ulas bawang besar
15 ulas bawang kecil
1 peket besar rempah kari daging
rm 2 lada kering
rm 3 udang popai
rm 2 lada hijau/lada merah
rm 2 bawang goreng
rm 2 daun sup/daun bawang
air secukup nya
garam /gula/perasa

Cara-cara

1)mee kuning, tetel,telur dan keledek direbus berasingan
2)udang popai ,lada kering,bawang besar,bawang putih di kisar halus
3)daun sup/daun bawang,limau kasturi,lada hijau/lada merah dihiris halus,telur dn limau kasturi dibelah 2
4)tauhu di potong dadu dan di goreng
5)masukan semua bahan2 yg dikisar bersama dgn rempah kari daging ,masukan air biar hingga mendidih setelah itu masukan taucho rasa secukupnya
6)sedia dihidangkan bersama bahan2 yg telah dihiris dan yg telah dibelah tadi

**Selamat Mencuba**
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Dah lama tak masak mee rebus, resipi di sini nampak macam sangat sedap, bolehlah cuba nanti... :)

    ReplyDelete
  2. resepi ni memang simple dan sedap cubalah pasti tak mengecewakan ,,, :)

    ReplyDelete

http://mitradecapri.blogspot.com/