Assalamualaikum, , ,
Selamat Datang ke Blog~ 2 Nama 2 Jiwa 1 Hati 1 Citarasa~
Leni Haniela |
Salam hormat dan salam manis dari kami 2 sahabat LelaSagitarius dan Rohani Husin. Sahabat adalah satu ungkapan yang mudah diucap
tapi sangat susah untuk diungkap. Persahabatan merupakan satu anugerah yang
sangat manis untuk dinikmati. Hasil dari kemanisan itu maka tercetuslah idea
gabungan 2 nama iaitu ‘LENI HANIELA’.
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah
kurnia dari NYA, Akhirnya kami berjaya merealisasikan impian kami untuk
menghasilkan sebuah Blog Masakan hasil gabungan serasi kami. Blog Masakan ini
bertemakan masakan resepi harian keluarga kami. Sebenarnya telah lama kami
mengimpikan sebuah blog masakan gabungan serasi ini, Namun akhirnya impian kami
telah berjaya direalisasikan. Kami juga dengan rasa rendah diri
mangalukan-alukan sumbangan, idea, komen, saranan serta tunjuk ajar dari semua
teman-teman yang telah sudi mengunjungi blog kami. Semoga kunjungan ini dapat
memberi manfaat untuk kita semua.
Blog ini juga adalah “hadiah” daripada teman alam maya kami
dari seberang ~Aceh~ saudara Taufik Decapri Pemilik Blog Mitra Decapri, kami ingin
mengucapkan setinggi2 terima kasih dan penghargaan buat beliau kerana dengan
ikhlas hati telah bertungkus lumus tanpa jemu dan penuh kesabaran membimbing
kami sehingga terhasil nya blog ini. Budi dan jasa beliau sangat2 kami
hargai. Semoga Persahabatan kita ini akan kekal selamanya, , , In Shaa Allah, , , Aamiin.
Sebelum kami
akhiri kata2 ini, izinkan kami merakamkan sebuah pantun:
Mawar merah indah mewangi
Disunting oleh si dara sunti
Dua tangan menyusun jari
Salah dan silap harap dimaafi
Kami
sudahi ruangan ini dengan selawat ke
atas junjungan Nabi S.A.W. semoga segala ilmu dan perkongsian ini mendapat
syafaat dari Nya seperti firmannya. "sesungguhnya perkara yang sangat mulia
adalah ilmu yang boleh di manfaat bersama".
No comments:
Post a Comment